Quantcast
Channel: Enjoy your DAYS with us...
Viewing all 130 articles
Browse latest View live

Lot 10 Boutique Hotel Kuching

$
0
0

Lot 10 Boutique Hotel pada asalnya merupakan Sarawak Co-operative Central Bank yang di rasmi pada tahun 1965. Namun bangunan ini sekarang telah diubah suai untuk dijadikan hotel. Hotel ini berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Kuching dan ia juga sangat startegik dan tidak jauh dari bandar.
Keunikan interior yang disediakan di dalam hotel ini telah menjadikan hotel ini salah satu pilihan utama yang pelancong di samping menawarkan keselesaan di dalam bilik.








 Facilities:
  • Restaurant & Bistro
  • Banquet and function rooms
  • Fitness Center
  • Complimentary amenities set
  • Comfortable Bedding
  • Key-card access security
  • High Speed WI-FI
  • Laundry & Dry Cleaning*
  • Iron & Ironing Board*
  • Luggage Storage*
  • Car Rental Service *
  • Tour Arrangements*
  • Ready Office for rent*

Dorset Boutique Hotel Kuching

$
0
0

Dorset Boutique Hotel terletak di bandar Kuching. Hotel ini menyediakan pelbagai jenis bilik seperti standard, deluxe dan superior dengan harga yang berpatutan.Bilikhotel dilengkapi dengan kemudahan moden sepeti tv LCD,wifi,air conditioner, safe box dan lain-lain. 

Dorset Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan seperti seminar dan conference.Hanya mengambil masa lebih kurang 10-12 minit drive ke Kuching International Aiport dan terletak tidak jauh juga dari Borneo Convention Centre. Antara tempat menarik yang berdekatan adalah Padungan Chinatown, tempat-tempat membeli belah dan sebagainya. 


Jenis-jenis bilik

DELUXE DOUBLE ROOM consists of 1 queen-sized bed and 1 single-sized bed with window view. COMPLIMENTARY breakfast for 2 person.
SUPERIOR DOUBLE ROOM consists of 2 single-sized beds with window view. COMPLIMENTARY breakfast for 2 person.

DELUXE QUEEN ROOM consists of 1 queen-sized bed with window view. COMPLIMENTARY breakfast for 2 person.









Facility
















Sarawak Cultural Village

$
0
0

Sarawak Cultural Village terletak 35km daripada bandar Kuching(45 minit perjalanan) dan juga di kaki gunung santubong. Di sini pelawat boleh melihat dan mempelajari pelbagai budaya dan etnik yang terdapat di Sarawak.

Antara tempat tinggal yang berdekatan dengan SCV adalah Damai Beeach Resort, Damai Puri dan Permai Rainforest,

Entrance Fee untuk memasuki SCV ini RM60.00 dewasa dan RM30.00 kanak-kanak berumur 6-12 tahun.Tiket boleh dibeli di kaunter apabila pelawat tiba di sana ataupun daripada travel agensi seperti Bestway Tour.

Terdapat 2 kali persembahan kebudayaan diadakan iaitu pada jam 1130 pagi dan 4.00 petang selama 45 minit.








Source: http://www.scv.com.my/main.asp

The Waterfront Kuching Package 2016

$
0
0
*KESILAPAN HARGA 3-4 PAX : RM 639 (lupa masukkan entrance fee)


|JOM Berambeh ke KUCHING| 

Pakej Percutian Kuching menawarkan Kuching Waterfront Package dengan harga yang menarik! Hubungi kami segera untuk menikmati harga yang berbaloi dengan percutian anda sekeluarga dan rakan-rakan. Harga tertera adalah harga untuk dewasa(12 tahun ke atas)
Info: Menginap di Waterfront Hotel Kuching (Deluxe Twin Queen- sebilik 4 orang), dengan sarapan, lawatan tempat menarik, pengangkutan yang selesa, semuanya sudah termasuk di dalam pakej. (Tidak TERMASUK kos tambang penerbangan)

1. 3D2NKuching Waterfront Package 1 - Menginap di Waterfront Hotel 2 malam beserta sarapan pagi di hotel, kembara Kuching 3 hari termasuk tiket lawatan destinasi yang popular di Kuching.

2. 4D3N Kuching Waterfront Package 2- Menginap di Waterfront Hotel 3 malam beserta sarapan pagi di hotel, kembara Kuching 4 hari termasuk tiket lawatan destinasi yang popular di Kuching.


Jika ada sebarang pertanyaan,sila hubungi Bestway Tours melalui:

Email: bestwaytours807@gmail.com 
H/P: 0198867561 (WhatsApp)
Office/Fax: 082-234099


Semenggoh Wildlife Center

$
0
0




Pusat yang dibina pada 1920 ini sebenarnya bukan khusus untuk orang utan tetapi adalah tempat rawatan lebih 1,000 ekor haiwan liar. Tetapi oleh kerana ianya cukup berjaya memulihara orang utan, tempat ini sinonim dengan haiwan itu.
Orang utan yang telah dipulihara dilepaskan ke hutan di sekitar kawasan ini dan haiwan-haiwan separa liar ini kerap kembali ke Semenggoh untuk makan dua kali sehari. Jadi ini adalah waktu terbaik untuk anda datang untuk melihat orang utan jantan yang beratnya melebihi 100kg makan di atas pokok bersama-sama orang utan betina dan bayi-bayi mereka.
Menariknya orang utan di sini mempunyai nama seperti manusia. Jadi jangan terkejut bila Delima atau Salina dipanggil turun dari pokok tinggi untuk diberi makan.
Selain melihat orang utan, anda boleh merasa dingin hutan dan mendengar bunyi unggas dengan berjalan melalui 5 denai dan laluan berkayu yang disediakan di sini. Perjalanan denai ini mengambil masa 5 ke 30 minit untuk dihabiskan.
Entrance tiket nya adalah dalam RM5.00-RM6.00 seorang dan feeding time nya dilakukan 2 kali sehari iaitu pukul 9 pagi dan pukul 3 petang.
 Masa yang sesuai untuk datang melihat orang utan ada;lah pada pertengahan tahun. Namun jika pelawat datang pada bulan november atau disember amat susah untuk melihat orang utan kerana masa tersebut merupakan musim buah, orang utan tidak keluar untuk makan malahan mencari makanan dengan sendiri.





Sarawak River Cruise

$
0
0


Sarawak River Cruise merupakan salah satu tarikan utaa di bandar Kuching di mana para pelawat boleh menaiki river cruise ini dengan harga RM60.00(ADULT) dan RM 30.00(CHILD)  pada setiap hari pada pukul 5.30 petang hingga 7 malam.

Perjalan mengambil masa lebih kurang 1jam setengah. Di atas cruise ini nanti para pelawat akan dihidangkan dengan refreshment seperti orange juice dan kek lapis sarawak dan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan negeri Sarawak.

Di samping itu, para pelawat juga dapat menikmati pemandangan di sepanjang sungai Sarawak berlatar belakangkan narration daripada pihak anak kapal yang menerangkan serba sedikit tentang tarikan utama di negara sarawak yang dapat dilihat di sepanjang sungai.

Bestway Tours juga menawarkan perkhidmatan ini di dalam pakej pakej tour kami, kalau nak datang Kuching, bolehlah menggunakan perkhidmatan kami.



Orchid Garden Kuching

$
0
0
Anda peminat bunga orkid?Kalau datang ke Kuching bolehlah singgah di Taman Orkid yang terletak di seberang Kuching Waterfront ini. Terdapat pelbagai jenis orkid yang ada di taman seluas 15 ekar ini. Kalau dari seberang waterfront anda hanya perlu menaiki perahu tambang untuk menyeberangi sungai Sarawak. Setelah tiba di jeti, jalan kaki ke Taman Orkid ini mengambil masa lebih kurang 4 minit.
Tarikan utama termasuklah Orkid Normah iaitu bunga rasmi negeri Sarawak dan beberapa orkid Borneo yang terkenal di dunia. Tiada bayaran masuk yang dikenakan sebelum ke Taman Orkid ini, dan boleh ambil gambar sebanyak yang pelawat mahu.



Serikin Market

$
0
0
Photo courtesy Gamesky


Pasar Serikin terletak di Kampung Serikin Jagoi, Bau hanya buka pada hujung minggu sabtu dan ahad. Tempat ini sering menjadi tumpuan pelancong selain daripad keunikannya sebagai border di antara malaysia dan indonesia, di sini juga terdapat pelbagai barangan yang menarik untuk dibeli seperti tikar sarawak.

Perjalanan ke Pasar Serikin ini mengambil masa lebih kurang 45minit ke 1 jam bergantung kepada keadaan trafik. 

Kebanyakan gerai yang terdapat di Pasar Serikin ini diuruskan oleh peniaga Indonesia yang akan ke Pasar Serikin setiap jumaat petang untuk membuat persediaan bagi keesokan harinya. Harga barangan yang ditawarkan di sini juga berpatutan sangat sesuai untuk membeli-belah kalau datang ke Kuching.



Photo Courtesy http://amethyst-travel.blogspot.my/

Tips apabila melawat Pasar Serikin:
  1. Jangan pergi waktu tengah hari kalau nak pergi pun kena bawak topi atau payung oleh sebab faktor cuaca yang sangat panas.
  2. Tawar-menawar dengan penjual .
  3. Kalau nak dapat harga yang istimewa waktu tawar menawar datanglah pada hari Ahad.
  4. Pukul 8 atau 9 pagi adalah waktu yang sangat sesuai untuk membeli belah di Serikin, kerana tak banyak kereta waktu ni.
  5. Sediakan duit kecil untuk bayar parking (salah satu bisnes penduduk tempatan di situ)


Cat Museum

$
0
0



Muzium Kucing terletak di bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Ia dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Terdapat 2000 pameran, artifak, tugu mengenai kucing dari seluruh dunia. Menurut kepercayaan penduduk tempatan dan orang Cina, kucing adalah haiwan bertuah.

Idea membina muzium kucing itu diilhamkan oleh Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan isterinya Laila Taib.



Muzium ini meliputi kawasan seluas 1,035.9 meter persegi di atas bukit yang dipanggil 'Bukit Siol' yang terletak 60 meter di atas paras laut dengan pemandangan bandaraya Kuching yang cantik.

Muzium Kucing bertanggungjawab menjalankan kajian, pengumpulan, pembentangan, dokumentasi, promosi, penerbitan, pendidikan dan kesedaran mengenai tinggalan bersejarah, budaya dan persekitaran semula jadi.










Source: http://www.malaysia.travel/ms-my/my/places/states-of-malaysia/sarawak/cat-museum


Sarawak Layer Cake

$
0
0





Photo Courtesy: http://www.bazariaonline.com/

DULU pembuatan kek lapis hanyalah hobi biasa di kalangan wanita di Sarawak khasnya wanita Melayu yang bertungkus lumus menyediakan juadah terutama menjelang Aidilfitri. Namun pada dekad 1990-an, kek lapis mula sinonim dengan Sarawak kerana hampir setiap pelancong yang berkunjung ke Bumi Kenyalang pasti membeli kek itu sebagai ‘ole-ole’ untuk dibawa pulang.

Kelebihan utama kek lapis Sarawak ialah pakej motif dan coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa, di samping teksturnya yang lembap namun pejal.

Tidak dinafikan ia juga versatil dan boleh dihidangkan untuk pelbagai majlis, bukan saja untuk perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Deepavali dan sebagainya, malah untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah dan ‘ole-ole’.

Menyingkap sejarah kek lapis, dipercayai berasal dari Indonesia namun juadah itu mula diperkenal serta mendapat tempat di kalangan penduduk Sarawak sekitar tahun 1980-an.

Sejak itu, kek lapis kian sinonim dengan Sarawak, malah kek lapis Sarawak yang dihasilkan jauh lebih sedap daripada kek lapis negara jiran itu, kerana bahan yang digunakan lebih pelbagai dan mutunya juga lebih baik.

Setelah 30 tahun berlalu, kek lapis Sarawak semakin popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan, malah menerima banyak tempahan dari Semenanjung, Sabah, Brunei dan Singapura
.

Source: http://keklapisalia.blogspot.my/p/menyingkap-sejarah-kek-lapis-sarawak.html

Antara tempat untuk menempah Kek Lapis yang popular di Sarawak adalah:

1. Kek Lapis Dayang Salhah - http://keklapisdayangsalhah.net/
2. Mira Cake House - http://miracakehouse.com/
3. Mariam Cake -  http://www.keklapissarawak.com/
4. Asma Cake House - http://asmacakehouse.weebly.com/asma-cake-house.html


Ikan Terubuk Masin

$
0
0


Kalau Kek Lapis boleh dijadikan ole-ole kalau balik dari Kuching, begitu juga Ikan Terubok. Selalunya, para pelancong yang datang ke sini akan beli Ikan Terubok untuk dibawa pulang ke negeri mereka. Dalam pada itu, paling penting peniaga ikan terubok ini akan packing dengan sempurna untuk tuan puan bawa naik flight jadi jangan khuatir dengan bau atau packaging ini.

Sistem ini memang lama diamalkan oleh para peniaga khusunya kalau pelancong bukan dari Kuching yang hendak membawa pulang ikan terubok balik sebagai ole-ole. Ikan ni pun ada grednya jugak , boleh bertanya dengan penjual itu sendiri kerana meraka lebih arif.

Apa yang special kalau makan ikan terubuk ni? Ikan terubuk ini akan digoreng dan walaupu masin dan bertulang namun bau dan rasanya yang menyelerakan pasti akan membangkitkan selera tuan puan. Kulit ikan terubok ini juga sangat rangup kalau makan panas-panas dan isi ikan pada permukaan pertama selalunya tidak masin dan berlemak.

Ikan terubuk ni boleh lah dimakan mengikut selera tuan puan namu selalunya perkara basic yang selalu penduduk tempatan makan adalah dengan cili padi dan limau kasturi, Ada juga yang makan ikan terubuk ini bercecahkan asam ataupun kicap dan bawang putih.
photo courtesy mat gebu

Kalau nak beli ikan terubuk ni bolehlah pergi ke Medan Niaga Satok di mana ada deretan kedai yang menjual ikan ini dengan harga yang berpatutan. Tapi kalau tak sempat nak ke Medan Niaga Satok kerana trip tuan puan bukan pada sabtu ahad, terdapat juga kedai ikan terubok yang menjual ikan di sana.
photo courtesy http://www.penaberkala.com/


Samudra Hotel

$
0
0



Samudra Hotel yang dulunya dikenali sebagai Samudra Court terletak di bandar Kuching dan berdekatan dengan Satok. Hotel ini menawarkan 37 bilik yang lengkap dengan kemudahan asas seperti hotel yang lain.











Antara kemudahan yang disediakan:

1. 24 hour security&reception
2. WIFI
3. Coffee&Tea making facilities
4.Parking
5.Bathroom
6. LCD TV
7.Meeting Room
8. Shuttle Service
9. Ombak Cafe





Tembikar Sarawak

$
0
0
Photo Courtesy: leegolast.blogspot.com
Tembikar yang diperbuat daripada tanah liat melalui beberapa proses yang rumit lagi unik sebelum siap sebagai barangan hasil kraf yang bernilai.
Ia dibentuk dan dibakar dalam tanur bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar serta bagi memastikan ia mempunyai kekuatan yang lebih dan kalis air.
Di Malaysia, hasil seni tembikar yang terkenal ialah labu Sayong dan pasu Sarawak yang juga merupakan kraf kebanggaan negara dan telah terkenal di seluruh dunia.
Labu Sayong
Photo Courtesy: http://kraftangansarawakkian.blogspot.my/

Perusahaan seni tembikar tradisional ini telah berkembang sejak sekian lama dan masih kekal di beberapa kawasan di negara ini.
Jika dahulu, labu Sayong agak sinonim dengan Bandar Diraja Kuala Kangsar, namun sekarang ia telah mula dibuat di beberapa tempat yang lain kerana permintaan yang begitu menggalakkan.
Dahulu ia hanya dibuat secara kecil-kecilan di rumah, tetapi kini banyak bengkel-bengkel besar telah tumbuh seperti cendawan.
Pada permulaan, labu Sayong hanya berwarna hitam, tetapi kini seiring dengan peredaran zaman, banyak perubahan telah dilakukan terutama dari segi motif corak, warna dan kegunaannya.
Fungsi awalnya sebagai bekas menyimpan air minum di majlis kenduri, telah dipelbagaikan malah kini menjadi salah satu bahan hiasan dalaman yang diminati.
Seni tembikar ini ialah hasil seni kraf tangan yang diperbuat daripada tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa bentuk yang sungguh berseni dan unik.
Wujudnya labu hitam ini daripada buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air.
Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas. Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.
Labu sayong menekankan sifat semula jadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga calaran-calaran geometrik yang harmoni.

Pasu Sarawak

Pasu Sarawak adalah hasil kraf yang membawa kembali tamadun manusia yang berusia 1,000 tahun Sebelum Masehi yang menggunakan tangan dalam membuat peralatan memasak dan kegunaan rumah tangga.
Namun, perubahan demi perubahan kepada seni kerja tangan seramik Sarawak ini telah terbukti berjaya menggamit hati peminatnya. Inilah salah satu produk yang wajib dibawa balik sebagai cenderamata sekiranya pergi ke Sarawak.
Penemuan pasu Iban di Gua Niah, Sarawak, membuktikan kerja tangan ini telah wujud sejak beratus tahun yang lampau. Antara kaum pribumi yang mewarisi kerja tangan ini adalah orang Iban.
Penghasilan pasu Iban dipercayai mempunyai unsur-unsur kerohanian kerana fungsinya lebih ke arah upacara-upacara rasmi kaum Iban. Kini pasu-pasu itu bukan sahaja dijadikan bekas minuman tetapi telah dipelbagaikan kepada barangan hiasan dalaman seperti lampu sisi, bekas payung, pasu bunga, bekas pot puri, tempat habuk rokok dan sebagainya

Artikel Penuh: 

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0407&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm#ixzz3ytJdj6pi 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

56 Hotel Kuching

$
0
0

56 Hotel merupakan hotel 3 bintang yang terletak berdekatan dengan Kuching International Airport dan tidak jauh daripada City One Megamall serta Spring Shoppong Mall. Hotel ini merupakan tempat yang strategik kerana berdekatan dengan rumah kedai, bank serta lain-lain yang hanya berhadapan dengan hotel ini.


Hotel ini mempunyai 155 bilik yang dilengkapi dengan kemudahan asas hotel serta wifi dan LCD TV. Terdapat juga room service, cafe, dan lain-lain,











Kemudahan yang disediakan di Hotel:

Hotel Amenities

  • Tours/ticket assistance 
  • Coffee/tea in common areas 
  • 24-hour front desk 
  • Total number of rooms - 155 
  • Business center 
  • Coffee shop or café 
  • Dry cleaning/laundry service 
  • Airport transportation 
  • Free WiFi 
  • Safe-deposit box at front desk 
  • Free self parking 

Internet

Available in all rooms: Free WiFi
Available in some public areas: Free WiFi

Parking

Free self parking

Room Amenities

  • Daily housekeeping 
  • Phone 
  • Private bathroom 
  • Free toiletries 
  • Air conditioning 
  • Room service (limited hours) 
  • Iron/ironing board (on request) 
  • Slippers 
  • Shower only 
  • Hair dryer (on request) 
  • Free WiFi 
  • Down comforter 

Pakej Candat Sotong 2016

$
0
0
PAKEJ CANDAT SOTONG PULAU KAPAS TERENGGANU 2016

 Ada berani? Bestway Tour menawarkan pakej candat sotong di terengganu ni, rugi tak cuba pengalaman mencandat sotong. Ada sapa-sapa nak ikut? Jangan tunggu lama-lama nanti terlepas peluang pulak 





wink emoticon
Tarikh Tour: 2 APRIL 2016 & 30 APRIL 2016



Jika ada sebarang pertanyaan,sila hubungi Bestway Tours melalui:

Email: bestwaytours807@gmail.com 
H/P:  013-341 1981 (WhatsApp)

Dont forget to visit our official websites and social medias:

Facebook Page: Pakej Percutian Kuching
Facebook: Bestway Tour


We hope to hear from you in the very near future :) 

Muzium Sarawak

$
0
0
Muzium Sarawak (bangunan lama) di dirikan pada tahun 1891 dan diperbesarkan seperti bentuk yang sedia ada. Pada asalnya bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace, yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen di negeri Sarawak pada masa ter sebut. 
Sejak ianya dibina, bangunan telah beberapa kali diubahsuai serta diperbaik. Rekabentuknya yang menbujur dan mempunyai dinding dan tiang yang diperbuat daripada batu bata dan beratapkan belian dan konkrit. Ianya dibina memgikut senibina Eropah dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne (Zaman Victoria). Galeri-galeri yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas.
Semasa zaman pemerintahan jepun, muzium ini telah diletak dibawah jagaan seorang Pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini. Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian yang berlaku.
Pada tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi dan specimen fauna Sarawak, seperti reptilian, mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan. Tingkat atas pula bangunan ini mempamerkan bahan-bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang pelbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain.


Laksa Sarawak

$
0
0
Laksa Sarawak merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara. Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi. Anda semua boleh cuba, Jom ke Kuching Sarawak!!

PAKEJ KELUARGA BAHAGIA

$
0
0
Pakej Keluarga Bahagia 2016 | Munasabah & berbaloi dengan percutian anda...tempah segera! | Pilihan bijak rakyat Malaysia.

UPTOWN KUCHING CIVIC CENTRE

$
0
0
Uptown Kuching Market yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial. Diadakan di perkarangan Dewan Suarah Kuching bermula jam 9 malam hingga 3 pagi pada setiap hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu yang merupakan salah satu tempat menarik untuk dilawati pada hujung minggu. Terdapat pelbagai gerai-gerai yang menjual barangan kraftangan, pakaian, makanan serta bermacam-macam lagi dengan harga yang amat berpatutan.



Sarawak River Cruise

$
0
0
Sarawak River Cruise menawarkan pakej perjalanan menyusuri sungai selama 2 jam, pada harga antara RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Jamuan minum petang disediakan sepanjang tempoh 2 jam tersebut. Pengunjung disajikan dengan aneka Kek Lapis Sarawak dan kuih muih tradisional yang lain serta free flow jus oren..Pengunjung juga akan dipersembahkan dengan tarian Suku kaum Etnik Sarawak.  Antara pemandangan yang boleh dilihat sewaktu bot dikemudi adalah Brooke’s Dockyard, bekas masjid negeri, Astana (tempat gabenor Sarawak bertugas), Fort (Kubu) Margherita, Waterfront, gunung Santubong, Kampung Boyan dan lain lain termasuk kediaman salah seorang ahli keluarga terdekat Ketua Menteri, YAB Pehin Sri Haji Taib Mahmud yang tersergam indah seperti istana selain menikmati pemandangan di pinggir sungai serta dalam masa yang sama boleh juga merasai pengalaman melihat matahari tenggelam jauh di horizon.  Jomlah singgah Kuching Sarawak..



Viewing all 130 articles
Browse latest View live